Anda di sini

Kejohanan tenis bertaraf dunia pentas terbaik serlah kehebatan Assri

Advertisement

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) akan menjadi tuan rumah kejo­hanan tenis bertaraf dunia, ITF Men’s Future US$15,000 yang akan diadakan pada 31 Mac hingga 6 April 2014.

Presiden SLTA Dato Patrick Liew berkata, ke­johanan yang akan disertai ramai pemain tenis profe­sional dari seluruh dunia itu menjadi salah satu dari sembilan kejohanan tenis ber­taraf antarabangsa yang akan dianjurkan oleh persatuan sepanjang 2014.

“Ini adalah kali pertama kita menjadi penganjur kejohanan bertaraf profesional ini,” ka­tanya ketika mengumumkan kalendar aktiviti SLTA bagi tahun 2014 semalam.

“Kita sentiasa berhasrat untuk menganjurkan kejo­hanan ini namun baru kini mendapat kelulusan.”

Patrick berkata kejohanan tersebut akan diadakan se­banyak dua pusingan den­gan pusingan pertama akan diadakan di Manila, Filipina seminggu sebelum pengan­juran di Kuching.

Katanya, penganjuran ke­johanan tersebut di sini akan membuka peluang kepada pemain tempatan, Assri Marzuki beraksi di peringkat tertinggi.

“Ia tujuan utama kita un­tuk menganjurkan kejohanan tersebut di sini dan saya pasti ramai peminat sukan tenis tempatan mahu melihat pe­main profesional ini bersa­ing,” katanya.

Menurut Patrick, beliau juga berharap ITF akan terus memberi kepercayaan kepada SLTA untuk terus menjadi tuan rumah kejohanan terse­but di masa akan datang.

Katanya, kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan adalah pada 2011 yang mempertand­ingkan acara wanita sahaja.

Ujarnya lagi, beliau men­yasarkan perolehan sebanyak RM1 juta menerusi pengan­juran sembilan kejohanan tenis antarabangsa sepanjang tahun ini.

“Ini adalah rekod terbaik SLTA sejak penubuhan­nya selama 51 tahun. Saya yakin, kepercayaan yang kita perolehi ini hasil dari rekod bersih persatuan sepanjang menganjurkan kejohanan besar sebelum ini.

“Selain itu, kita juga memi­liki fasiliti yang diiktiraf antara yang terbaik di Malay­sia. Ini menyebabkan pemain tenis dari seluruh dunia mahu datang dan bermain dalam kejohanan anjuran SLTA,” katanya.

Lapan kejohanan lain yang akan dianjurkan oleh SLTA adalah Kejohanan Tenis Remaja Pra Kelayakan ITF Asia/Oceania Lelaki dan Perempuan (17-23 Febru­ari), Piala Davis Remaja Pra Kelayakan Asia/Oceania ITF dan Piala Fed Remaja Pra Kelayakan ITF (24 Febru­ari–2 Mac) dan Sirkit Remaja ITF (Gred 1) Piala Ketua Menteri Sarawak ke-23 (I) pada 11-16 Mac.

Ia termasuk Kelayakan Akhir Asia/Oceania Piala Davis Remaja Lelaki 2014 (27 April–4 Mei), Kelayakan Akhir Asia/Oceania Piala Fed Remaja Perempuan 2014 (5 Mei–11 Mei), Siri Bawah 14 Tahun Asia ATF ke-10 (17-21 September) dan Sirkit Remaja ITF (Gred 3) Piala Ketua Menteri Sarawak ke-24 (II) pada 14-19 Oktober 2014.

Selain itu, SLTA juga akan menganjurkan Hari Tenis Sedunia (2 Mac), Kejohanan Tenis Tertutup Kuching (8-9 Mac) dan Tertutup Sarawak dan Antara Bahagian (21-24 Mac).

Advertisement