Anda di sini

Buaya dipindah ke Matang

Advertisement

REPTILIA BAHAYA: Kakitangan Sarawak Forestry dalam proses memindahkan buaya sepanjang 3.6 meter ke dalam lori.

KUCHING: Seekor buaya jantan 3.6 meter dalam sangkar ternakan ikan di kawasan Jabatan Perikanan Laut, Santubong dekat sini dipindahkan pada Khamis lepas oleh Pasukan Gerak Pantas Haiwan Liar (SWAT) Sarawak Forestry.

Reptilia dengan angga­ran berat 100 kilogram itu kini ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang.

Pengarah Urusan Sarawak Forestry Datu Ali Yusop ber­kata, buaya itu perlu dipin­dahkan bagi mengelakkan risiko serangan terhadap manusia.

“Peningkatan jumlah buaya dan manusia mewujudkan konflik apabila kedua-dua pihak bersaing untuk meng­gunakan sungai yang sama.

“Keselamatan orang ra­mai menjadi keutamaan kita dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan media semalam.Menurutnya lagi, pihaknya kini dalam proses melakukan kajian populasi dari semasa ke semasa di semua sungai utama di seluruh negeri.

Hasil kajian itu akan diguna bagi membantu mereka me­nentukan kawasan diisytihar­kan Bebas Buaya.

Advertisement