Anda di sini

Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng rai Abdul Latip

Advertisement

MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng di sini semalam menganjurkan majlis perpisahan Pegawai Bomba Kanan II Abdul Latip Kassim.

Ketua balai terbabit Eddy Zulkifli Abdullah dalam ucapan ringkasnya memberitahu, majlis berkenaan amat penting sebagai salah satu cara bagi memberi penghargaan dan mengenang jasa serta usaha dan kerja keras yang diberikan oleh setiap pegawai bomba sebelum dipindahkan ke balai atau jabatan lain.

“Beliau (Abdul Latip) akan ditukarkan ke Balai Bomba dan Penyelamat di Miri dan majlis hari ini (semalam) adalah bagi menghargai jasa dan kerjasama yang telah beliau berikan sepanjang bertugas dengan pihak kami di sini,” katanya.

Selain majlis perpisahan untuk pegawai bomba tersebut, upacara tepung tawar jentera SCANIA BME 3856 yang baharu dan penyampaian sijil Teman Pili Bomba turut diadakan.

“Pihak balai di sini amat gembira dengan adanya jentera baharu yang bernilai lebih RM1 juta berkenaan.

“Dengan adanya jentera itu, ia akan membantu kerja-kerja kami dengan lebih efektif,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Latif dalam ucapannya berkata, beliau amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh rakan seperjuangan dan ingin terus memberikan perkhidmatan kepada masyarakat selagi terdaya.

Beliau telah berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng sejak tahun 2008 hingga Januari tahun ini.

Advertisement