Anda di sini

31 dilantik sebagai ahli majlis Padawan penggal 2014-2016

Advertisement

KUCHING: Seramai 31 individu yang berlatarbelakangkan profesional dan NGO dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi penggal 2014-2016 berkuat kuasa semalam.

Senarai turut menyaksikan lantikan 15 muka baharu daripada ahli parti-parti politik termasuk NGO sekali gus menambah bilangan ahli majlis yang sebelumnya hanya 25 orang.

Keseluruhannya melibatkan 12 ahli SUPP, sembilan ahli PBB, tiga masing-masing ahli SPDP dan PRS serta empat ahli NGO.

Mendahului senarai ialah Lo Khere Chiang yang dilantik semula sebagai Pengerusi MPP.

Turut dikekalkan ialah Wadel Boyod, Chai Sheau Lin, Lee Sin Fah, Richard Kian Hua Mudeh, Fong Jiew Ted, Jong Nyong Khoon, Munded Banat, Dr. Zaiedi Suhaili, Isabell Julau Mejat, Michael Chin Apau, Hilary Giang Ngelambong, Kamaruddin Su’aut dan Edward Stephen Kurik.

Ahli majlis baharu ialah Ahkim Sarok, Lai Chien Wei, Wilfred Yap Yau Sin, Yeo Eng Kuang, Teo Tiong Aik, Rabian Kipli, Zainuddin Morshidi, Damen Rijek, Sehat Sanub, Vincent Richard Ridos, Sabastian Sakoi Senyau, Albert Tanon, Udin Ali, Li Tze Min, Allen Hii Lee Mee, Bong Joon Hin dan Kon Thiam Sen.

Kesemua ahli majlis tersebut mengangkat sumpah di Ibu Pejabat MPP di sini semalam di hadapan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Dato Sri Wong Soon Koh.

Hadir menyaksikan majlis ialah Menteri Muda Kesihatan Awam yang juga ADUN Bengoh Datuk Dr Jerip Susil, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datu Dr Penguang Manggil dan juga Setiausaha Perbandaran MPP Michael Saweng.

Bagaimanapun, terdapat kekosongan bagi timbalan pengerusi majlis di mana ia kini masih dalam proses lantikan di peringkat Kabinet Negeri.

Namun, Dr Jerip berkata senarai calon telah diserahkan kepada Kabinet Negeri untuk diteliti bagi lantikan.

“Perbincangan bagi lantikan ini dijangka dibuat pada mesyuarat kabinet akan datang,” katanya sambil menambah kuota bagi kekosongan tersebut adalah untuk PBB.

Timbalan Pengerusi MPP sebelum ini disandang oleh Mohd Hashim Yap.

Advertisement