Anda di sini

Warga emas maut dalam kemalangan tiga kenderaan

Advertisement

MAUT: Anggota polis mengangkat mayat seorang lelaki warga emas yang maut selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Rasah Jaya pada tengah hari semalam di Seremban. — Gambar Bernama

SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan yang membabitkan dua buah lagi kereta lain di Jalan Rasah Jaya di sini, semalam.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Ng Seu Chan, 60, sedang memandu bersendirian apabila keretanya dipercayai hilang kawalan, lalu terbabas dan merempuh dua buah kereta yang terletak di tepi jalan tersebut.

Katanya, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Bukit Mutiara, Temiang di sini ketika kemalangan itu berlaku.

Katanya mangsa didapati mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut. — Bernama

Advertisement