Anda di sini

Polis buka kertas siasatan klip video Teresa Kok

Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan terhadap anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan penerbitan video Tahun Baharu Cina barubaru ini yang dipercayai melibatkan kenyataankenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Ketua Pol i s Kual a Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Kok kini disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina pemimpin negara.

“Kami sedang menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya selepas seminar pencegahan jenayah Kampus Kor Suksis Universiti Malaya, di sini semalam.

Kok yang juga naib pengerusi DAP, didakwa terbabit dalam penerbitan klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014’ yang tersebar luas melalui laman YouTube sejak Isnin lepas.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina dan tetamu undangan telah mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah. — Bernama

Advertisement