Anda di sini

Azraai mahu anak buahnya fokus apabila bertemu ATM

Advertisement

KUALA TERENGGANU: Pemain T-Team diminta supaya fokus untuk bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini Sabtu ini selepas insiden pahit yang menimpa mereka di Larkin, Johor Baharu Sabtu lepas.

Ketua jurulatihnya, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata sebagai pemain profesional, peristiwa tersebut tidak septutnya menjejaskan semangat mereka walaupun ada sedikit gangguan.

“Ada rasa kurang selesa sedikit sehari dua ini, ada gangguan sikit, namun kita akan cuba tenteramkan keadaan,” katanya kepada Bernama.

Gangguan yang dimaksudkan ialah berhubung insiden yang berlaku dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama Piala FA di antara T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin Sabtu lepas.

Dalam insiden itu, pemain import T-Team, Elvado Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzon didakwa dikasari ketika menuju ke bilik persalinan stadium berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan T-Team yang sedang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan perlawanan.

Mohd Azraai berharap pemainnya akan melupakan peristiwa tersebut kerana dibimbangi ia boleh menjejaskan fokus mereka untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

“Sasaran kita ialah untuk memungut tiga mata penuh dalam perlawanan Sabtu ini, lebih-lebih lagi kita bermain di tempat sendiri,” katanya. — Bernama

Advertisement