Anda di sini

Taib teruskan kunjungan Tahun baharu Cina di Sibu

Advertisement

SELAMAT TAHUN BARU CINA: Taib (dua kiri) menyaksikan persembahan tarian singa ketika mengadakan kunjungan ke rumah Tiong semalam.

UNTUK KENANGAN: Taib (tengah) merakamkan kenangan semasa mengadakan kunjungan ke rumah Dato Henry Lau di Jalan Tun Abang Haji Openg, Sibu.

SIBU: Kunjungan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib sempena perayaan Tahun Baharu Cina di sini diteruskan semalam.

Lawatan pertama beliau ialah dengan mengadakan kunjungan ke kediaman Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King di Jalan Tun Abang Haji Openg.

Selepas itu, beliau kemudian meneruskan kunjungan ke kediaman Pengarah Urusan Hock Peng Organization Datuk Toh Chiew Hock di Jalan Upper Lanang.

Beliau kemudian menghadiri majlis makan tengah hari di kediaman Pengarah Urusan Kumpulan KTS Dato Henry Lau di Jalan Tun Abang Haji Openg.

Turut mengiring lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil.

Kelmarin Taib turut mengadakan kunjungan ke rumah Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh di Jalan Ipoh.

Manakala pada sebelah malamnya, beliau menghadiri majlis makan malam di kediaman Pengerusi Kumpulan Syarikat Rimbunan Hijau Tan Sri Datuk Sir Tiong Hiew King di Brooke Drive.

Advertisement