Anda di sini

Taib, rombongan makan malam bersama Tiong

Advertisement

RAIKAN BERSAMA: Taib (tiga kiri), Ragad (lima kanan), Hiew King (dua kiri), Lady Ngu (tiga kanan) serta para tetamu yang lain bersama-sama memotong kek semasa majlis makan malam di kediaman Hiew King di Sibu, malam kelmarin.

SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib telah menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di kediaman Pengerusi Kumpulan Syarikat Rimbunan Hijau Tan Sri Datuk Sri Tiong Hiew King di Brooke Drive di sini, malam kelmarin.

Ketibaan Taib dan isteri disambut mesra oleh Hiew King dan isterinya Puan Sri Datin Lady Ngu Yii Chuo serta keluarga mereka.

Kunjungan Taib turut diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri di Pejabat Ketua Menteri merangkap Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh serta Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil.

Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee, Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie serta barisan kenamaan lain.

Semalam, Taib dan rombongan meneruskan kunjungan ke kediaman Datuk Tiong Thai King di Jalan Tun Abang Haji Openg.

Selepas itu, beliau meneruskan kunjungan ke kediaman Pengarah Urusan Hock Peng Organization Datuk Toh Chiew Hock di Jalan Upper Lanang.

Taib selepas menghadiri majlis makan tengah hari di kediaman Dato Henry Lau di Jalan Tun Abang Haji Openg pada sebelah tengah harinya.

Pada jam 2.30 petang, Taib  menyempurnakan Majlis Prapelancaran Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) di Jalan Airport Lama Sibu.

Taib mengakhiri lawatan rasminya ke Sibu dengan menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Gabungan Cina (UCA) Sibu di Hotel Kingwood jam 8 malam.

Advertisement