Anda di sini

Pihak cuba burukkan imej UCTS ditempelak

Advertisement

MAKLUMAT: Wong (tengah) pada sidang media selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Kampus UCTS di Sibu semalam.

Tidak wajar beri persepsi salah kerana agenda sendiri, perbezaan fahaman politik

SIBU: Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh menempelak tindakan sesetengah pihak yang cuba memburuk-burukkan imej Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS).

Katanya adalah tidak wajar mereka memberi persepsi salah kepada orang ramai hanya kerana agenda ter-sendiri atau perbezaan fahaman politik.

Sebaliknya, mereka sebagai rakyat Sibu harus berasa bangga kerana memiliki pusat pengajian tinggi sendiri yang diyakini memberi manfaat besar kepada penduduk di sini dan negeri ini.

“Di sini saya tegaskan bahawa pengajian yang ditawarkan di UCTS adalah setaraf dengan mana-mana pengajian ditawarkan di universiti lain.

“Mereka yang tidak bertanggungjawab harus berhenti memberi tanggapan buruk terdapat UCTS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus selesai menghadiri Majlis Perasmian Prapelancaran UCTS oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam.

Ditanya mengenai fasa kedua pembinaan kampus berkenaan, Wong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyara-kat menjelaskan bahawa tarikh pelaksanannya belum ditetapkan lagi.

Ini kerana, pihak pemaju yang dilantik membangunkan projek pembinaaan kampus berkenaan memberi lebih tumpuan terhadap pembinaan tiga blok bangunan yang masih belum siap.

“Selepas ketiga-tiga blok ini siap baharulah kami dapat buat keputusan mengenai tarikh pelaksanaan projek fasa kedua UCTS nanti,” jelas beliau.

Sementara itu, UCTS me-lancarkan tujuh lagi program ijazah baharu semalam.

Kursus-kursus tersebut ialah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Tenaga), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan, Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Ijazah Sarjana Muda Kejuru-teraan Perisian dan Ijazah Sarjana Muda Rangkaian Perkomputeran.

Wong menambah, program-program ijazah baharu tersebut akan menjadi pelengkap kepada empat program yang ditawarkan sebelum ini.

Pada masa ini, UCTS mempunyai 179 pelajar dan jumlah tersebut dijangka bertambah kepada 800 orang tahun ini memandangkan pertambahan bilangan kemudahan di kampus berkenaan.

Advertisement