Anda di sini

Liga Futsal Piala Ken Sport Mukah dari 21 hingga 23 Februari

Advertisement

BORANG PENYERTAAN: Henry (kanan) bersama penganjur lain.

MUKAH: Buat julung kalinya Ken Sport Mukah dengan kerjasama Real Tugau mengadakan Liga Futsal Piala Ken Sport Mukah 2014 pada 21 hingga 23 Februari depan di Dewan Tertutup KPS Mukah.

Penyelaras bersama kejohanan, Henry Anyie memberitahu kejohanan itu adalah sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Henry berkata, kejohanan tersebut terbuka kepada pasukan yang berminat di seluruh Sarawak untuk menyertainya.

“Kejohanan ini secara terbuka untuk pasukan yang berminat di seluruh Sarawak selain untuk mengasah bakat anak-anak muda permainan futsal,” katanya.

Yuran penyertaan sebanyak RM300 termasuk kos pembelian jersi jenama ‘Coneli’ yang digunakan setiap pasukan yang mengambil bahagian.

Yuran penyertaan hendaklah dibayar kepada Leong Ken Chung di kedai Ken Sport di pasar baharu Mukah semasa mengambil borang penyertaan.

Selain itu, setiap pasukan mengambil bahagian wajib membeli dan menggunakan jersi yang disediakan oleh penganjur.

Pasukan yang bergelar juara bakal menerima wang tunai sebanyak RM500, piala dan medal, tempat kedua RM300, piala dan medal dan ketiga RM200, piala dan medal.

Tarikh tutup penyertaan pada 10 Februari ini (Isnin) jam 5 petang.

Borang penyertaan boleh didapati di Shaff Cafe (pasar baharu Mukah) dan Henry Anyie di talian 019-8986044.

Advertisement