Anda di sini

Wanita parah, suami cedera ringan motosikal dilanggar dari belakang

Advertisement

KUCHING: Seorang wanita parah manakala suaminya tidak mengalami kecederaan serius apabila motosikal dinaiki mereka dilanggar dari belakang berhampiran Siburan, dekat sini.

Dalam kejadian sekitar 5 petang itu, pasangan tersebut dalam perjalanan ke pasar Siburan apabila dilanggar oleh teksi.

Wanita berkenaan terpelanting beberapa kaki sebelum jatuh di atas jalan.

Ekoran impak tersebut, mangsa yang berusia 40 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

Suaminya bagaimanapun hanya mengalami luka dan calar-calar di bahagian tubuh.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan.

Isteri kepada askar tersebut dimasukkan ke bahagian Zon Merah untuk menerima rawatan lanjut.

Advertisement