Anda di sini

S’wak taruh tiga pemain tenis pada SUKMA XVII Perlis

Advertisement

KUCHING: Sarawak mem­pertaruh tiga pemain untuk memberi cabaran dalam acara tenis pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XVII di Perlis tahun ini.

Trio terbabit merangkumi Aslina Chua, Mohd Assri Merzuki dan Ariez Elyas Deen Hesham. Ketiga-tiga pemain itu kini menjalani latihan di Amerika Syarikat.

Menurut Presiden Per­satuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Datuk Patrick Liew SLTA percaya ketiga-tiga pe­main itu mempunyai kemam­puan menyumbang pingat emas kepada Sarawak.

“Saya yakin mereka mem­punyai cukup kemampuan untuk memberi cabaran ke­pada pemain-pemain negeri lain,” katanya.

Beliau berkata, empat pin­gat emas disasarkan pada SUKMA XVII berlangsung Jun depan dan satu pingat dijangka dapat disumbangkan dalam acara berpasukan.

Kali terakhir Sarawak bertanding dalam acara tenis ialah pada SUKMA 2010 di Melaka, manakala sukan itu kali terakhir dipertandingkan pada SUKMA 2011.

Pada 2012, tenis tidak dis­enaraikan pada SUKMA XV di Kuantan dan SUKMA XVI 2013.

Advertisement