Anda di sini

Sebuah pekan baharu rancang dibangun di Sadong Jaya: Aidel

Advertisement

KUCHING: Sebuah pekan baharu sedang dirancang dibangunkan di kawasan Sadong Jaya bagi menyokong kemasukan pembangunan terutama selepas siapnya Jambatan Batang Sadong dan Samarahan dalam beberapa tahun akan datang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Sadong Aidel Lariwoo, kertas cadangan bagi pekan baharu ini masih dalam peringkat untuk diluluskan oleh kabinet negeri dan beliau yakin projek tersebut akan menerima lampu hijau daripada kerajaan negeri.

“Fasa pertama akan melibatkan kawasan seluas 100 ekar bagi lot komersial dan lebih banyak fasa akan diperkenalkan pada masa akan datang,” kata Aidel ketika dihubungi semalam.

Tambah Aidel, kawasan komersial yang bakal dibangunkan ini akan memenuhi keperluaan masyarakat yang menggunakan jalan link Meludam-Batang Lupar-Sebuyau-Batang Sadong yang semakin popular di kalangan pengguna yang dalam perjalanan ke dan dari bahagian tengah dan utara Sarawak ke Sibu, Bintulu dan Miri.

“Kami mendapati bahawa jalan link baharu ini telah membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat terutama sejak penduduk mulai terlibat secara aktif dalam aktiviti pertanian.

“Sebab itu kami telah menyediakan gerai-gerai jualan di sepanjang laluan ini sebagai kemudahan untuk mereka menjalankan aktiviti perniagaan,” kata Aidel.

Advertisement