Anda di sini

PML mampu memberi saingan sengit Liga Premier 2014

Advertisement

LIMBANG: Pembabitan sulung pasukan Persatuan Melayu Limbang (PML) ke pentas Liga Limbang-Naim musim lalu ternyata tidak sia-sia apabila menduduki tangga ketiga Liga Premier yang menutup tirainya hujung tahun lalu.

Jurulatih PML, Pedi Amit berkata kemenangan men­dapat tempat ketiga itu satu pencapaian membanggakan buat pasukan yang baharu melebarkan sayapnya dalam kancah bola sepak tempatan.

Katanya, meskipun dibarisi kebanyakan pemain junior berusia dalam lingkungan usia 16 tahun sehingga 21 tahun namun sudah cukup mem­banggakan.

“Tersenarai di tangga ketiga dalam Liga Premier musim lalu, satu isyarat jelas men­unjukkan PML satu pasukan baharu yang mampu memberi saingan sengit pada musim ini.

“Kita tidak gentar beren­tap dengan pasukan handa­lan lain bagi menyempur­nakan misi memburu ke­juaraan,” katanya di sini. Pedi berkata, turun sebagai pasukan ‘underdog’ PML berikrar memberi tentangan sengit kepada pasukan-pasu­kan lain sekali gus melakukan kejutan kepada pasukan lawan musim ini.

Beliau menjelaskan, para pemain kini berada dalam kondisi terbaik dan bersedia memburu kemenangan ber­ganda.

Pedi menambah, selain menyasarkan kejuaraan pen­galaman lalu mendorong PML melangkah lebih yakin men­capai lebih banyak kejayaan selain mengetengahkan bakat pemainnya.

Selain Pedi, PML dibarisi anak-anak muda yang ke­banyakan berasal dari kam­pung pesisir sungai Limbang turut mendapat bimbingan pengurus berkaliber, Ghani Merali.

Kejayaan PML turut diraikan pada jamuan malam dan penghargaan selepas ber­jaya menduduki tangga ketiga Liga Premier musim lalu.

Turut hadir Pengerusi PML, Mohamad Abu Bakar dan jawatankuasa tertinggi persatuan itu.

Advertisement