Anda di sini

Naim perkenal Galeri Jualan pada rumah terbuka

Advertisement

MIRI: Naim Land Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Naim Holdings Bhd menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Galeri Jualan baharu mereka di tingkat bawah Permy Mall, Permyjaya di sini semalam.

Naim merupakan antara syarikat kontraktor dan pemaju perumahan terkemuka di Malaysia.

Penduduk Miri khasnya dari sekitar kawasan Bandar Baharu Permyjaya membanjiri kompleks beli-belah itu seawal jam 9.30 pagi untuk memeriahkan majlis tersebut.

Selain dijamu hidangan enak, tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian singa dan pukulan gendang 24 musim.

Selain itu, angpau turut diagihkan kepada kanak-kanak.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Hartanah dan Reit, Yong Kei Seng.

Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran Naim Alice Ting memberitahu bahawa penganjuran rumah terbuka itu adalah peluang keemasan penduduk di sini untuk mendapat maklumat terkini tentang projek-projek hartanah syarikat itu.

“Mereka yang hadir begitu teruja tentang pembangunan fasa lima rumah-rumah kedai pusat bandar dan sambutan yang diberikan adalah sangat baik,” kata Alice.

Beliau menambah, penduduk harus menggunakan peluang promosi angpau untuk tempoh waktu yang terhad sahaja.

Mereka berminat boleh menghubungi talian 085-491000 atau 016-8707257 dan mengunjungi sendiri Galeri Jualan Naim di Permy Mall Miri.

Mereka juga boleh mengunjungi laman web www.naim.com.my untuk maklumat lanjut.

Galeri beroperasi mulai jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Advertisement