Anda di sini

Lebih RM40,000 hadiah wang tunai jadi rebutan marathon

Advertisement

SIBU: Pendaftaran untuk edisi ke-14 Jubli Marathon Kesihatan Sarawak Taman Jubli 2014 yang dijadual berlangsung pada 5 Mei di Taman Jubli Bukit Aup Sibu kini dibuka.

Pengerusi Kelab Sukan Marathon Extreme (KSME), Tang Ka Seng berkata lebih RM40,000 hadiah wang tunai akan menjadi rebutan untuk edisi tahun ini.

“Kami memutuskan me­nambahkan jumlah had­iah wang tunai sejumlah RM40,000 be rbanding RM30,000 pada tahun lalu bagi menarik lebih banyak penyertaan,” katanya pada sidang media semalam.

Hadir sama Penasihat KSME, Tiong Kai Yio dan Timbalan Pengerusinya, Joseph Tang.

Dengan peningkatan jum­lah hadiah wang tunai yang ditawarkan, Tang menjang­kakan kejohanan tersebut mendapat penyertaan kira-kira 2,000 peserta termasuk dari luar Sibu.

“Ini adalah satu acara su­kan yang baik kepada para peserta mengambil bahagian. Tetapi apa yang lebih pent­ing penyertaan tidak hanyak memfokuskan terhadap had­iah wang tunai tetapi lebih kepada senaman,” katanya.

Tang berkata, seramai 800 peserta yang mendaftar awal akan diberikan baju-T secara percuma.

Dalam pada itu, kejohanan tersebut dibahagikan kepada enam kategori iaitu 21km Lelaki dan Wanita Terbuka dan Lelaki Veteran (48 dan ke atas), 7km Lelaki ‘Fun Run’ dan Lelaki Junior dan 2.5km Wanita Junior.

Yuran penyertaan ialah RM20 untuk Lelaki & Wanita Terbuka dan Lelaki Veteran dan ‘Fun Run’ manakala bagi Lelaki dan Wanita Junior, ba­yaran masuk ialah RM10.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 30 April depan.

Borang penyertaan dan penyerahan boleh dilakukan di KSME d/a Chai Lai Cafe, 35, Jalan Sanyan di sini.

Bagaimanapun, selepas 28 Februari orang ramai boleh berbuat demikian di Dataran Bandar Sibu dari jam 4 petang hingga 6 petang.

Sebarang pertanyaan lan­jut boleh menghubungi Tang di talian 019-8181129 atau Joseph Tang (019- 8178232).

Bagi mereka yang tinggal di Kuching, boleh meng­hubungi Ngui Kiong (012- 8881261), di Miri Wong Siew Ming (019-8354321) manakala di Bintulu, Sarkawi Adenan (0112-9978867).

Kejohanan tersebut dian­jurkan oleh KSME dan Ma­jlis Perbandaran Sibu (MPS) sambil dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Per­satuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Sibu.

Advertisement