Anda di sini

Kaum Iban harus pertahan adat resam

Advertisement

SIBU: Masyarakat Iban harus mempertahan adat resam serta kekayaan budaya kaum mereka.

Timbalan Pengerusi SPDP Bukit Assek Pasang Ngelambai berkata, ia bukan sahaja penting untuk warisan generasi akan datang malah mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong asing.

Katanya salah satu daripada adat resam masyarakat Iban ialah upacara ‘miring’.

“Pada hari ini upacara miring semakin ditinggalkan dan hanya dijalankan untuk majlis-majlis tertentu.

“Keadaan itu dikhuatiri menjadi lebih parah seandainya tiada usaha ketua-ketua kaum dan adat untuk memeliharanya,” kata beliau pada upacara ‘miring’ majlis kesyukuran di sini semalam.

Menurut Pasang, zaman berubah namun perlu dijelaskan bahawa jangan adat resam berharga ini terhapus dek perubahan zaman.

Pada zaman kontemporari ini, usaha melihat pengalaman budaya hidup yang tulen perlu diikhtiarkan.

“Melalui cara demikian, adat resam seperti upacara ‘miring’ tidak terhakis ekoran pertembungan elemen luar yang menyerap masuk dalam sistem kehidupan masyarakat Iban,” ujarnya.

Katanya rumah panjang pada masa kini sudah berubah kerana bukan dihuni oleh kaum Iban tulen dengan amalan budaya hidup kaum Iban.

Menurut Pasang, walaupun beberapa unsur luar datang dan sebati dengan cara hidup masyarakat Iban namun pengekalan tradisi itu perlu dipelihara.

Advertisement