Anda di sini

Ikan bawal hitam catat harga rendah

Advertisement

KUALA LUMPUR: Ikan bawal hitam bersaiz sederhana dijual pada harga serendah RM4.99 sekilogram di dua pasar raya Pulau Pinang semalam, berbanding antara RM10 dan RM30 di pasar basah dan pasar awam di negeri itu, menurut portal pengguna www.1pengguna.com.

Menurut portal berkenaan, harga sekilogram ikan bawal hitam bersaiz sederhana di pasar raya dan pasar basah sekitar Kuala Lumpur pula antara RM12.50 dan RM36.90 semalam manakala di Selangor, harganya antara RM15 dan RM30 sekilogram.

Di Johor, harga sekilogram ikan bawal hitam bersaiz sederhana serendah RM6.58 di sebuah pasar raya di Johor Baharu berbanding antara RM9.88 dan RM39.90 sekilogram di pasar raya dan pasar awam lain di negeri itu.

Harga telur ayam merupakan carian paling popular dalam kalangan pengguna portal berkenaan hari ini dan diikuti carian bagi harga cili kering berkerinting, hasil laut, kicap serta sos.

Portal www.1pengguna.com bertujuan menjadi platform yang inovatif untuk interaksi, perbincangan isu dan perkongsian pendapat tentang isu-isu kepenggunaan antara pelbagai pihak.

Ia bertujuan menjadikan para pengguna di negara ini lebih bijak selain sentiasa peka dengan isu-isu kepenggunaan. — Bernama

Advertisement