Anda di sini

Dua lelaki disyaki penagih dadah ditahan

Advertisement

SIBU: Dua lelaki disyaki penagih dadah ditahan dalam serbuan mengejut ke sebuah rumah di Jalan Ling Han Swee, di sini kelmarin.

Serbuan tersebut dilakukan sekitar jam 11.40 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Kedatangan polis pada awalnya disambut seorang lelaki kurang upaya berusia dalam lingkungan pertengahan umur.

Ketika polis sedang berkomunikasi dengan lelaki berkenaan, mereka terdengar bunyi tingkap di tingkat atas rumah berkenaan dibuka.

Tersentak dengan kejadian itu, anggota polis berkenaan terus bergegas ke tingkat atas rumah berkenaan.

Difahamkan suspek yang berusia 21 tahun cuba melarikan diri ketika ditahan polis.

Bagaimanapun, usahanya tidak berjaya malah tindakan agresif itu menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian hidung.

Siasatan awal mendapati suspek turut dikehendaki bagi jenayah keganasan.

Dalam pada itu, rakan suspek yang bersembunyi di dalam sebuah bilik berkunci turut diberkas.

Difahamkan suspek berusia 37 tahun dikehendaki bagi membantu siasatan kes jenayah pembunuhan.

Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membantu siasatan.

Advertisement