Anda di sini

Berminat sertai saingan ‘Drag Race Motosikal’?

Advertisement

SIBU: Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) den­gan kerjasama Dainese Racing (Intan Enterprise) mempel­awa peminat menyertai kejo­hanan ‘Drag Race Motosikal’ (sprint test) di kawasan lapang bekas Lapangan Terbang Sibu pada 18-20 April depan.

Set iausaha Kehormat AWAS merangkap jawa­tankuasa penganjur, Mohd Junaidi Sambang berkata kejohanan itu dibahagikan kepada kelas A, B, C, D dan E dan serentak itu turut di­anjurkan pertandingan Auto Show pada 20 April di Taman Selera Harmoni.

“Untuk kelas A, B, C dan D menggunakan sistem dua kali kalah mati, kelas E (terbuka) menggunakan sistem satu kali kalah mati dan untuk kelas F (Auto Show) dipamerkan serentak,” katanya di sini semalam.

Menurut Junaidi, pengan­jur menyediakan hadiah wang tunai berserta piala kepada juara, naib juara dan peme­nang ketiga dan pemenang keempat akan menerima hamper.

“Yuran masuk bagi kelas A (135cc ke bawah), kelas B (110cc), kelas C (4 lejang 135cc), kelas D (4 lejang 115cc), kelas E terbuka (150cc ke bawah) ialah RM50 mana­kala kelas F Auto Show ter­buka RM70,” ujarnya.

Kejohanan itu, antara lain bertujuan menggalakkan go­longan belia terlibat aktiviti sihat dan memberi peluang kepada mereka menunjukkan bakat (perlumbaan motosikal) di tempat yang betul.

“Setiap peserta hendaklah berumur 17 tahun ke atas dan warganegara Malaysia dan penyertaan terbuka kepada pelumba yang berminat di seluruh Sarawak,” jelasnya.

Majlis penyampaian hadiah kepada semua kelas akan di­adakan pada 20 April, jam 8 malam di Taman Selera Har­moni, Sibu.

Borang penyertaan boleh didapati dan kembalikan serta yuran penyertaan pada 12 April 2014, jam 4 petang kepada Ibrahim Rini di tal­ian 010-5937057, Abang Mohd Yazid Abang Kas­sim (013-8805695), Mohd Faizal Jaafar (013-8120439), Mohd Saifullah Wan Sapuan (014-6958120), Adey (016- 5760056), Mohd Sufyan (0111-6069592) dan Mohd Junaidi (013-8451343).

Advertisement