Anda di sini

Tun Salahuddin kunjungi kediaman JC Fong

Advertisement

KUCHING: Kunjungan pemimpin negeri, Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin ke kediaman bekas Ketua Peguam Negeri Datuk JC Fong semalam memeriahkan lagi sambutan hari kedua Tahun Baharu Cina.

Mengiringi Tun Salahuddin pada kunjungan itu ialah isteri beliau Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.

Beliau dan isteri turut menyertai acara menggaul Yee Sang yang sudah menjadi tradisi masyarakat Cina sejak turun-temurun setiap kali Tahun Baharu Cina.

Terdahulu, Tun Salahuddin dan isteri turut mengunjungi rumah terbuka pemilik Hartanah Capital Sarawak Real Estate Sdn Bhd (Konsultan Hartanah) Rodger Chan di kediamannya di Three Hills Park, di sini.

Advertisement