Anda di sini

Masyarakat pelbagai kaum meriahkan Tahun Baharu Cina

Advertisement

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Wong (empat kiri) menyambut kedatangan orang ramai yang hadir pada rumah terbuka SUPP. Turut kelihatan (dari kiri) Lau, Tiong dan isteri Wong, Datin Sri Pauline Leong (tiga kiri).

SIBU: Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina diraikan bersama masyarakat berbilang kaum dengan amalan kunjung mengunjung yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat.

Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama berkunjung ke kediaman sahabat-handai mereka yang mengadakan rumah terbuka pada hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina pada 31 Januari lepas.

Turut mengadakan rumah terbuka ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu yang berlangsung di Dewan Suarah Sibu dan dihadiri ribuan penduduk Sibu.

Antara yang hadir ialah Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Andrew Shilling dan Temenggung Vincent Lau Lee Ming.

GONG XI FA CAI: Wong (enam kiri) merakam kenangan bersama ahli-ahli SUPP Cawangan Sibu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina.

Advertisement