Anda di sini

Lima penumpang nyaris maut perahu karam di Sungai Rejang

Advertisement

TINGKATKAN KESEDARAN: Roslan (kanan) dan Abang Wahap bersama seorang pengendali bot di Tebingan Kuching semasa majlis pelancaran kempen tersebut.

SIBU: Lima penumpang sebuah perahu panjang nyaris maut setelah perahu yang mereka naiki itu karam di Sungai Rejang, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu berlaku di kawasan perairan berham­piran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sedaya dan tiga kilometer dari te­bing pekan Kanowit.

Kesemua kelima-lima mangsa bagaimanapun ber­jaya diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian.

Dua mangsa yang dalam keletihan kemudian di­hantar ke Hospital Kanowit untuk mendapatkan rawa­tan sementara tiga yang lain selamat.

Sementara itu, Balai Bom­ba dan Penyelamat Kanowit telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.20 petang.

Sepasukan lima anggota bomba yang diketuai oleh PBKII Mohamad Bujang telah bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamatkan mangsa.

Ini merupakan kejadian ketiga bot karam di sini se­lepas tragedi yang meragut 11 nyawa di Batang Lassa pada 18 Januari lepas.

Kejadian kedua berlaku di Batang Rejang melibatkan penduduk sebuah rumah panjang yang dalam perja­lan menghantar jenazah ke tanah perkuburan.

Dalam kejadian 21 Januari berhampiran pekan Bin­tagor itu, seorang mangsa yang menaiki sebuah perahu bersama yang lain telah lemas.

Advertisement