Anda di sini

450 atlet sertai saingan Merentas Sekolah-Sekolah Bahagian Miri

Advertisement

MIRI: Seramai 450 atlet yang mewakili 19 sekolah menengah di Miri termasuk dari Subis dan SMK Bario mengambil bahagian pada Kejohanan Merentas Antara Sekolah-Sekolah Bahagian Miri 2014 di sini.

Kejohanan berlangsung pada 25 Januari lalu merupa­kan anjuran Sekolah Menen­gah Kebangsaan (SMK) Lutong dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri.

Majlis perasmian disem­purnakan oleh Pengetua Kanan SMK Lutong, Marcus Hugo Matu Lejau.

Marcus berkata, objektif kejohanan itu untuk memen­uhi agenda Kementerian Pela­jaran Malaysia (KPM) seperti yang termaktub dalam dasar Falsafah Pendidikan Ke­bangsaan melahirkan pelajar seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual di samping merealisasikan dasar 1Murid 1Sukan.

Selain itu, katanya, ia juga merupakan acara tahunan yang disenaraikan dalam ka­lendar KPM.

“Sementara penganjuran kejohanan ini di peringkat bahagian adalah untuk men­cari atlet yang bakal mewakili Bahagian Miri ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan pada Februari de­pan,” jelasnya.

Pada kejohanan itu nanti, Miri akan memikul tanggung­jawab besar apabila dipilih sebagai tuan rumah.

Selain itu, menurut Mar­cus, kejohanan itu juga dapat memupuk semangat kesu­kanan dan daya saing yang tinggi di kalangan peserta yang bertanding di samping dapat melalui cabaran dengan kesungguhan jitu.

“Secara tidak langsung mela­lui penganjuran kejohanan ini juga dapat melahirkan wargane­gara yang sihat,” ujarnya.

Dalam pada itu, kejohanan sehari itu dibahagikan ke­pada beberapa kategori sep­erti lelaki 18 tahun ke bawah disertai 18 sekolah; kategori lelaki 15 tahun ke bawah (17 sekolah); kategori wanita 18 tahun ke bawah (14) dan kategori wanita 15 tahun ke bawah (19).

Bagi acara berpasukan kate­gori lelaki 18 tahun ke bawah, juara dimenangi pasukan SM Riam Road diikuti SMK Lu­tong dan Kolej Tun Datu Tu­anku Haji Bujang (KTDTHB) selaku naib juara dan tempat ketiga.

Manakala bagi kategori wanita 18 tahun ke bawah, juara menjadi milik SMK Riam diikuti KTDTHB di tempat kedua dan SMK Chung Hua di tempat ketiga.

Bagi acara berpasukan kate­gori lelaki 15 tahun ke bawah, tempat pertama dimenangi SMK Riam dan diikuti SMK Lutong dan SMK Subis mas­ing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sementara bagi kategori wanita, juara menjadi milik pasukan SMK Chung Hua dan SMK Riam Road serta SMK Bario di tempat kedua dan ketiga.

Acara individu lelaki 18 tahun, juara dimenangi Aron Ng Yun Ping dari SM Riam Road, naib juara ialah Lau Jiin Bing (SMK Chung Hua) dan Rowland Empadang (SMK St Joseph).

Manakala individu wanita 18 tahun – juara Lai Siau Ung diikuti Yong Ping Ping dan Winnie Lau Hong Yun, kese­muanya dari SM Riam Road.

Individu lelaki 15 tahun, juara Warren Kien Teck Wan (SM Riam Road), Lihan En­gan (SMK Subis) di tempat kedua dan Tommy Young Yi Chien (SMK Lutong), ketiga.

Individu wanita 15 tahun, johan Teresa Yung Chun Ki­ing (SMK Chung Hua), naib juara Yee Chee Jia (SM Riam Road) dan tempat ketiga Chung Kai Li (SM Riam Road).

Advertisement