Anda di sini

SABERKAS anjur TBC 1Malaysia Peringkat Negeri

Advertisement

MIRI: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) akan menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 1Malaysia 2014 Peringkat Negeri pada 15 Februari depan.

Bertemakan ‘Pelbagai Kaum Uniknya Sarawak’, ia akan diadakan di Tingkat 3, Dewan Suarah Miri bermula jam 7 malam.

Menteri Muda Perhubungan dan Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin memberitahu, ia merupakan aktiviti julung kali dianjurkan di Miri.

“Ini merupakan sambutan TBC julung kali anjuran SABERKAS Daerah Miri dengan gabungan cawangan Piasau, Pujut dan Senadin di sini dan dijangkakan akan dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak merangkap Presiden SABERKAS Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama SABERKAS Miri selepas perutusan sempena TBC 2014 di Auditorium RTM Miri di sini semalam.

Menurut Lee yang juga Naib Presiden SABERKAS merangkap pengerusi jawatankuasa penganjur, surat jemputan sambutan TBC telah diedarkan kepada pelbagai persatuan dan organisasi yang ada di sini.

“Kita sudah menghantar su rat jemputan kepada pelbagai persatuan di sini seperti Cina, Melayu, India, Bidayuh, Orang Ulu, Iban dan yang lain bagi menyertai sambutan tersebut.

“Bagi menyerikan lagi suasana berkenaan, para tetamu digalakkan untuk memakai pakaian mengikut budaya masing- masing.

“Selain merapatkan setia kawan dan perpaduan di kalangan masyarakat, ia turut menggambarkan kebudayaan dan kesefahaman serta toleransi antara satu sama lain pelbagai kaum di sini,” ujarnya.

Jelas beliau, pakaian kebudayaan tersebut turut menunjukkan semangat sebenar 1Malaysia.

Sebagai sebuah pertubuhan belia yang terbesar dan diiktiraf di Sarawak, kata Lee SABERKAS sentiasa mendukung dan sentiasa berdamping dengan golongan belia dan masyarakat setempat.

Antara program yang bakal memeriahkan suasana sambutan TBC adalah persembahan tarian singa yang akan dipersembahkan oleh 80 kanakkanak berumur antara empat hingga enam tahun.

Selain itu, ia turut akan diselitkan persembahan lain seperti nyanyian karaoke, live band, tarian kebudayaan, zumba, pemberian angpau untuk kanak-kanak dan lain-lain selain hidangan makanan yang menyelerakan pada malam itu.

Advertisement