Anda di sini

MKJR Bahagian Mukah, Pejabat Residen anjur Kempen Keselamatan Jalan Raya

Advertisement

TUNGGANG DENGAN CERMAT: Supaih menyampaikan bungkusan kepada salah seorang pengguna jalan raya sempena Tahun Baharu Cina.

MUKAH: Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Bahagian Mukah dan Pejabat Residen Bahagian Mukah mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina (TBC) yang akan disambut esok (31 Januari).

Kempen yang bermula pada jam 9.30 pagi semalam mendapat sambutan baik daripada pengguna jalan raya.

Selain itu, sebanyak 65 bungkusan telah diagihkan kepada pengguna jalan raya oleh Residen Bahagian Mukah Supaih Hamdan.

Kempen tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya sempena musim perayaan supaya lebih berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman.

Di samping itu, pemandu juga diseru supaya lebih mengutamakan keselamatan dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Justeru, pemandu juga sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan seperti tidak memandu dengan laju ketika di zon had laju yang ditetapkan.

Turut hadir Penolong pegawai Penguat Kuasa JPJ Bahagian Mukah Mohamad Elly Arbi, Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili dan Timbalan Residen Bahagian Mukah Philip Peter Salam.

Advertisement