Anda di sini

Lelaki dikejarkan ke HUS selepas terlibat kemalangan

Advertisement

CEDERA:Mangsa semasa tiba di HUS untuk rawatan semalam.

KUCHING: Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat kecederaan parah di kepalanya selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pagi semalam.

Mangsa yang berusia 31 tahun dikatakan dalam perjalanan menuju ke Serian sebelum kereta yang dipandu adik lelakinya itu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan berdekatan pekan kecil Tapah.

Difahamkan, kereta yang dinaiki mangsa itu turut merempuh dua kereta lain sebelum terbabas ke tepi jalan tersebut menyebabkan mangsa tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan kereta berkenaan.

Sepasukan anggota daripada Balai Bomba Siburan bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dikejarkan ke HUS dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

Sementara adik mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Advertisement