Anda di sini

Penglibatan lebih ramai sukarelawan, badan korporat dialu-alukan: Fatimah

Advertisement

KUCHING: Olimpik Khas Sarawak Cabang Kuch­ing menyeru penglibatan lebih ramai sukarelawan dan badan-badan korporat bagi menjalankan latihan serta program bagi 2014.

Pengerusi Olimpik Khas Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata ini kerana banyak aktiviti akan dilak­sanakan pada tahun ini khu­sus bagi atlet orang kelainan upaya (OKU).

“Kita amat memerlukan ramai sularelawan bagi mem­bantu kita melaksanakan pelbagai aktiviti bagi tahun ini,” katanya semasa sidang media di pejabat beliau se­malam.

“Selain itu, kita juga meng­galakkan sokongan padu dari ibu bapa, badan-badan ko­rporat, para guru termasuk doktor bagi memastikan aktiviti tersebut dijalankan dengan jayanya.”

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Pem­bangunan Keluarga berkata terdapat ramai atlet OKU di sini yang berpotensi dalam bidang sukan.

Justeru, aktiviti yang di­jalankan dapat menjadi platform kepada para atlet mencapai kejayaan yang lebih tinggi di masa akan datang.

Sementara itu, Presiden Ol­impik Khas Sarawak Cabang Kuching Datin Dayang Mar­iani Abang Zain menjelaskan aktiviti tumpuan pada tahun ini adalah pendakian Gunung Serapi yang akan diadakan pada 31 Ogos depan.

Katanya aktiviti turut disertai para atlet, jurulatih dan sukarelawan akan ber­tempat di Taman Keluarga Matang.

“Perbadanan Pemban­gunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menjadi penganjur utama aktiviti ini namun kita juga memerlukan sokongan serta tajaan dari orang awam dan badan-badan korporat bagi menjayakannya,” ka­tanya.

Selain itu, acara yang tu­rut menjadi tumpuan adalah Kejohanan Bola Sepak Piala Borneo 2014 yang akan di­adakan di Kota Tarakan, Ka­limantan Utara, Indoonesia pada bulan November.

“Kita juga akan mengan­jurkan Program Atlet Sihat (HAP) 2014 bertempat di SMK Demak Baru, Jalan Diplomatik pada bulan Jun di amana program ini bertu­juan memberi pemeriksaan kesihatan secara percuma ke­pada atlet dan kanak-kanak OKU,” tambah beliau.

Bagi aktiviti peringkat ke­bangsaan dan antarabangsa, Mariani berkata pihaknya turut menyertai Cabaran Gunung Kinabalu Olimpik Khas ke-6 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah dari 27-30 Mac.

Menurutnya, persediaan juga sedang berjalan lan­car bagi menyertai Sukan Musim Panas 2015 yang akan diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Kita amat mengharap­kan atlet sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat emas.

“Pada Sukan Musim Se­juk Olimpik Khas 2013 di Pyeongchang, Korea Selatan, atlet kita berjaya menyumbang dua gangsa dalam acara hoki lantai dan ‘snowshoeing’.

“Ini jelas membuktikan atlet kita mampu melang­kah jauh dalam sukan yang mereka gemari jika terus diberi peluang,” ujarnya.

 

Advertisement