Anda di sini

Liga Super: Sarawak tewaskan Sime Darby 3-0

Advertisement

KUCHING: Sarawak mencatat kemenangan pertama dalam kempen Liga Super 2014 dengan menundukkan Sime Darby 3-0 di Stadium Negeri sebentar tadi.

Tuan rumah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama setelah Joseph Kalang Tie dan Gabor Gyepes menyempurnakan dua sepakan penalti pada minit ke-10 dan ke-45.

Manakala penyerang import dari Serbia Milorad Janjus menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan percuma pada minit ke-65.

Perlawanan turut menyaksikan dua pemain Sime Darby Muhammad Juzaili Samion dan Fahrul Razi Kamaruddin dilayangkan kad merah.

Advertisement