Anda di sini

Trienekens sedia perkhidmatan kutipan sisa lebih awal

Advertisement

KUCHING: Sempena menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd (Trienekens) akan menyediakan perkhidmatan kutipan sisa lebih awal untuk kawasan terpilih yang jatuh pada hari kutipan Jumaat.

Kawasan yang dikenal pasti adalah pada 30 Januari (Khamis) seawal jam 5 pagi dan seterusnya, manakala jadual pungutan sampah yang jatuh pada hari Sabtu dan Ahad tidak mengalami sebarang perubahan untuk kutipan sampah.

Kawasan yang disediakan dengan perkhidmatan pungutan sampah awal adalah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU ) iaitu di Jalan Green, Jalan Emas Jade, Jalan Kim Kiat, Sungai Maong Hilir, Jalan Cross, Jalan Pisang Barat, Jalan Jambu, Jalan Angsana, Star Garden, Sky Garden, Jalan Emerald, Poh Kwong Park.

Termasuk Sungai Maong Tengah, Jalan Kepayang , Jalan Stapok, Jalan Maxwell, Jalan Rickett , Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Jalan Tun Abang Haji Openg dan Jalan McDougall.

Manakala bagi kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Jalan Foochow 1 dan 2, Jalan Ming Chin, Sekama, Jalan Chawan, Jalan Dato Bandar, Jalan Berjaya, Jalan Cahaya, King Centre, Kenny Hill, Kenny Height, Jalan Jelutong, Taman Mabel Garden, Ong Tiang Swee, Jalan Bidayuh dan Jalan Bukitan.

Juga Jalan Halaman Burung Sian, Jalan Midland, Jalan Laksamana Cheng Ho, Jalan Kumpang, pusat Tabuan Jaya Commercial, Jalan Bayor Bukit Tabuan Park Commercial, Tabuan Light Industry, Jalan Setia Raja, Jalan Pending, Jalan Jeti, Jalan Utama, Jalan Topi, Jalan Bengkel, Jalan Tekad, Jalan Kilang, Jalan Utama, Jalan Datuk Merican Salleh, Jalan Pelabuhan, Jalan Belian, Padungan.

Jalan Tabuan, Jalan Ellis, Chong Lin Park, Taman Sung Hong, Jalan Rengas, Taman Kuching, Sungai Apong, Jalan Selangan Batu, Taman Mee Teck, Taman Sung Hung, Taman Kali, Taman Orkid, Taman Kuching, Taman Yung Kong.

Jalan Sherip Mansor, Jalan Stampin, Hui Sing, Jalan Stampin Barat, Jalan Tong Wei Tah, Iris Garden, Merlin Garden dan Jalan Tun Jugah.

Bagi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) pula, ialah Metro Park, Empire Garden, Taman Pheonix, Qasis Garden, Tasing Garden, Green Velle Villa, Jalan Stapok Selatan, Stapok Avenue, Stapok Hymend Estate, New Wington Rumah, Park View, Lik Lok Garden, Taman Stapok, Edge Air, Cambridge Avenue, Lorong Stapok Utara, Inspire Garden, Taman Mei Ling, PR Batu Kawa Fasa 2 , Kampung Haji Baki, Kampung Semaba, Jalan Semaba Taman Negara Hill, Taman Penrissen, kawasan perdagangan sebelah Taman Penrissen, Batu Perak, Batu Kitang.

Juga Kampung Bumbok, Kampung Batu Kitang Melayu, pekan Batu Kitang, Taman Segedup, Taman Lovelyland, Kampung Stapok, Kampung Segedup, Taman Sri Segedup, Chungnion Villa, Taman Rimba, Desa Wira, Taman Ching, Taman Regal, Taman Home Mart, Taman Kong Phing Tinggi, Sungai Lubak, Taman Ka Hua, Taman Kemenangan, Jalan Kung Phin, Bayan Estate, Stapok Selatan, Stapok Utara, Jalan Kangkok, Jalan Kangking, Taman Moyan 2, Flat Cahaya Tondong  dan Tmn Sri Moyan.

Pengurus Jabatan Operasi Logistik Trienekens Mason Barau turut mengingatkan penduduk Kuching yang sedang sibuk membuat persiapan untuk perayaan akan datang untuk membuang sampah mereka ke dalam 50 unit tong sampah 600 liter dan 1,000 liter serta ‘Roll-on Roll -off’ (Roro) yang disediakan oleh tiga PBT dan Trienekens yang diletakkan di beberapa ‘kawasan panas’ di sekitar bandar dan disediakan untuk kegunaan awam hingga 11 Februari.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hotline Trienekens ‘di 082-612300 atau e-melkan kepada [email protected].

Advertisement