Anda di sini

Pujuk remaja menyertai Skim Rondaan Sukarela, kata Ramli

Advertisement

RONDAAN: Ramli (tiga kiri) bersama anggota SRS melakukan rondaan di kawasan Zon Tengah dan Selatan Kampung Muhibbah, Sri Aman.

SRI AMAN: Ketua Unit SRS Zon Tengah dan Selatan Kampung Muhibbah Sri Aman Ramli Abu Sera menggesa golongan dewasa agar memujuk para remaja menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan masing-masing.

Ramli berkata, ini penting kerana majoriti anggota SRS sesebuah kawasan penempatan rata-ratanya terdiri daripada golongan dewasa.

“Minat golongan remaja menyertai SRS perlu disemai di hati mereka untuk bersama-sama berjuang dalam SRS di kawasan masing-masing,” katanya di sini semalam.

Katanya, penyertaan golongan remaja dalam SRS amat penting bagi memupuk kesedaran mereka tentang tanggungjawab menjaga keselamatan harta benda penduduk.

“Saya berharap agar orang dewasa dapat memujuk golongan remaja menyertai SRS di kawasan masing-masing,” katanya.

Ramli berkata remaja dari Kampung Muhibbah di sini yang mahu menyertai SRS boleh menghubunginya di talian 019-4836580 untuk mendapatkan borang keahlian.

Advertisement