Anda di sini

Polis akan terus berusaha beri perkhidmatan terbaik, kata Law

Advertisement

KUCHING: Polis akan terus berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada Sarawak meskipun kajian menunjukkan persepsi masyarakat terhadap pasukan penguat kuasa itu semakin positif.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon berkata Polis Diraja Malaysia di peringkat ibu pejabat telah membabitkan perunding untuk menjalankan kajian terhadap persepsi orang awam terhadap perkhidmatan disampaikan oleh polis dan keputusannya amat memberangsangkan.

Jelasnya, perunding akan ber-kunjung dari balai ke balai di seluruh negeri untuk menjalankan kajian dan menemu bual orang awam.

“Secara umumnya, masyara-kat berpuas hati dan persepsi terhadap keupayaan polis telah meningkat… bagaimanapun kami rasa masih ada ruang perlu diperbaiki dan perlu ditambah baik,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Ops Selamat IV/2014 di sini, semalam.

Law turut menyeru orang ramai untuk tidak menjauhkan diri daripada pihak polis, se-baliknya tampil mengemukakan buah fikiran untuk membanteras jenayah.

Perkara itu katanya, akan mem-bolehkan masyarakat lebih me-ngenali pihak penguatkuasaan tersebut serta membolehkan polis mengenali masyarakat.

“Kami rasa elok jika ada interaksi. Kalau masyarakat rasa perkhidmatan diberikan tidak memadai, maklumkan kepada kami, sumbangkan idea dan kami akan kaji cadangan-cadangan dikemukakan dan ambil yang terbaik.

“Orang awam tidak seharusnya takut akan kami. Bukan itu yang kami mahukan dan kami mahu rapatkan jurang tersebut supaya kita dapat berinteraksi dan sa-ling mengenali dan memahami,” katanya.

Dalam perkembangan lain ketika ditanya mengenai penggunaan logo polis palsu pada kenderaan, Law berkata perkara itu adalah menyalahi undang-undang dan tindakan sewajarnya di bawah Akta Pengangkutan Jalan akan diambil.

“Orang yang bukan terdiri daripada anggota polis menampalkan logo itu pada kenderaan tidak akan diberi layanan isti-mewa malah akan disaman,” katanya.

Advertisement