Anda di sini

Persekutuan Taekwondo Sibu kini sudah mempunyai gim dan pusat latihan

Advertisement

LANCAR: Toh (duduk tengah) bersama para jurulatih kanan semasa prapelancaran pusat latihan dan gim Persekutuan Taekwondo Sarawak di Sibu.

SIBU: Persekutuan Taekwondo Sarawak (Sibu) kini mempunyai gim serta pusat latihannya sendiri terletak di tingkat atas Bangunan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu, Jalan Kampung Datu di sini.

Ketua Jurulatihnya, Dr Henry Toh melakukan pra-pelancaran pusat latihan tersebut.

Beliau berkata, penambahan fasiliti serta peralatan di pusat dan gim itu akan dibuat dari semasa ke semasa.

Toh memberitahu, pusat baharu itu lebih luas berbanding dengan tempat lama sebelum ini.

“Selain latihan biasa untuk ahli-ahli, kami berharap pusat baharu ini dapat digunakan ahli-ahli memiliki tali pinggang hitam berlatih serta digunakan latihan peringkat negeri.

“Ia juga boleh digunakan untuk penganjuran apa-apa sahaja bengkel sukan taekwondo,” katanya.

Advertisement