Anda di sini

Lima lelaki curi kabel ditangkap pengawal keselamatan

Advertisement

TERIMA PADAH: Suspek tiba di HUS sekitar jam 12 tengah hari untuk menerima rawatan.

KUCHING: Cubaan lima lelaki untuk mencuri kabel sebuah syarikat telekomunikasi di Asajaya, dekat sini berjaya dipatahkan dan seterusnya ditangkap oleh pengawal keselamatan, semalam.

Insiden sekitar jam 6 pagi itu turut menyaksikan salah seorang suspek berusia 19 tahun menerima ‘pengajaran menyakitkan’ daripada orang awam.

Lelaki itu dikatakan telah dipukul sehingga mengakibatkan kecederaan di kepala sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan dan dibawa ke balai polis bersama empat rakannya.

Advertisement