Anda di sini

Hubungan diplomatik Malaysia-China makin akrab hasil sokongan media

Advertisement

WARNA-WARNI: Upacara menggaul Yuu Shang oleh para kenamaan. — Gambar Kong Jun Liung

KUCHING: Hubungan diplomatik Malaysia-China telah menjadi semakin akrab dengan liputan baik oleh pengamal media Sabah dan Sarawak tentang pembangunan di kedua-dua negara.

Konsulat Jeneral Republik China di Kuching Liu Quan berkata hubungan baik itu telah terjalin selama 40 tahun hingga kini.

“Terima kasih kepada pengamal media dari Sabah dan Sarawak bagi liputan positif yang telah dibuat tentang hubungan baik dua hala ini, Malaysia-China selama ini dan diharap jalinan ini akan berkekalan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Wartawan Kuching di sini semalam.

Beliau berkata pada 6 Februari akan diadakan pertunjukan dari negara China bagi menyambut musim bunga dan Ulang Tahun Ke-40 Hubungan Diplomatik Malaysia- China.

Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan pertunjukan itu nanti.

Katanya beliau gembira melihat golongan masyarakat tempatan berbangsa Cina di sini sibuk membuat persiapan sambutan perayaan itu dengan lebih awal.

“Saya berasa bangga dengan usaha yang dijalankan oleh komuniti ini di sini dan berharap lebih banyak acara sambutan akan diadakan pada masa akan datang.

“Terima kasih juga kepada pihak kerajaan negeri dan Persekutuan Persatuan Cina Cawangan Kuching-Samarahan,” katanya.

Liu Quan juga menitik mata singa sebagai upacara simbolik merasmikan majlis malam kelmarin.

Sementara itu, Temenggung Lu Kim Yong menjelaskan walaupun media sosial seperti Facebook, Twitter begitu banyak hari ini tetapi media tradisional masih lagi kekal kompetitif dan mengamalkan ketelusan dan sahih dalam setiap laporan yang dibuat.

Turut hadir Datuk Sim Swee Yong, Datuk Wee Kok Tiong, Datuk Seri Lau Wei Kiong Datuk Yii Chi Hau dan yang lain.

Upacara menggaul Yuu Shang turut diadakan oleh para kenamaan yang hadir.

Advertisement