Anda di sini

Fatimah serah bantuan di Dalat dan Oya

Advertisement

RINGANKAN BEBAN: Fatimah menyampaikan KWAPM kepada salah seorang pelajar yang layak menerima bantuan tersebut.

KUCHING: Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah telah menyampaikan bantuan berjumlah RM40,000 kepada PIBG SK Datu Pengiran Mohamad Oya bagi tujuan aktiviti PIBG sekolah berkenaan.

Menurut kenyataannya semalam, pihaknya turut menyampaikan bantuan KWAPM e-KASIH kepada 15 murid (kategori miskin tegar) sebanyak RM700 setiap seorang dan 13 murid (kategori miskin) berjumlah RM450 setiap seorang.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat turut menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia 2014 Peringkat Daerah Dalat.

“Ia sebanyak RM100 setiap seorang kepada pelajar-pelajar SMK Oya dan SMK Dalat (dua sekolah menengah dalam DUN N.50 Dalat) dan 326 murid-murid SK Datu Pengiran Mohamad Oya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia Bagi Tahun 2014 Peringkat Daerah Dalat di Dewan Masyarakat Oya.

Secara keseluruhan, bantuan-bantuan yang telah diperuntukkan kepada daerah Dalat termasuk Bantuan Khas Persekolahan 1Malaysia 2014 diberikan kepada 29 sekolah rendah dan menengah dari bagi 5,683 pelajar dengan jumlah RM56,830.

Manakala 326 orang daripada penerima SK Datu Pengiran Mohamad dengan jumlah sebanyak RM32,600.00.

Di samping itu, PIBG SK Datu Pengiran Mohamad turut menyampaikan insentif kepada murid cemerlang dalam UPSR 2013 iaitu dua penerima 5A, empat penerima (4A) dan lima penerima (3A).

Rumusan Bantuan Makanan Asrama Tahun 2014 diberikan kepada 1,797 pelajar melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5,829,218 bagi Pejabat Pendidikan Daerah Dalat dan bagi Pejabat Pendidikan Daerah Mukah melibatkan 1,852 pelajar dengan jumlah perbelanjaan RM5,215,953.75.

KWAPM e-KASIH (murid tahun dua hingga tahun enam) bagi 2014 untuk pelajar golongan miskin tegar 157 orang manakala pelajar kategori miskin 131 orang dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM168,850.00

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi tahun 1-6 untuk 21 sekolah pula melibatkan perbelanjaan sebanyak RM863,550.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Dalat Zarni Rapaie, Pegawai Pendidikan Daerah Dalat Abdul Azid Ismail, Temenggung Dalat Hendi Suhai, Pengetua SMK Oya Awang Omar Ali Awang Yahya dan wakil Pengetua SMK Dalat Abdul Rahman Salehuddin.

Advertisement