Anda di sini

Bandarayaku A, White Tiger, Zaf United bergelar juara

Advertisement

JUARA: Pasukan White Tiger bersama pegawai pertandingan selepas perlawanan
akhir di Kuching Ahad lalu.

KUCHING: Bandarayaku A, White Tiger dan Zaf United bergelar juara dalam kategori masing-masing pada kejohanan bola sepak jalanan Agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2014, Ahad lalu.

Pasukan Bandarayaku A muncul juara kategori agensi kerajaan selepas menumpaskan Telekom Malaysia (TM) dengan 3-1 dalam perlawanan akhir.

Manakala Zaf United memenangi kategori lelaki terbuka setelah mengalahkan Amang dengan 2-0.

Kategori junior lelaki menyaksikan White Tiger muncul juara selepas mengalahkan PDRM Junior 2-0 dalam perlawanan akhir.

Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai turut hadir menyaksikan pertandingan tersebut.

Semua pemenang membawa pulang wang tunai, pingat dan trofi.

Sebanyak 42 pasukan menyertai pertandingan diadakan di pekarangan Kompleks Pelancongan Sarawak.

Pertandingan itu dibahagikan kepada tiga kategori merangkumi lelaki senior, junior lelaki dan agensi kerajaan.

Advertisement