Anda di sini

700 polis lakukan rondaan di seluruh Sarawak

Advertisement

OPS SELAMAT IV/2014: Law (empat kiri) dan Pengerusi Kelab Kebudayaan Fizikal Ho Soon Then Shui Ted masing-masing mengibarkan Sang Saka Biru dan bendera Sarawak sebagai simbolik pelancaran Ops Selamat IV/2014 yang bermula 24 Januari hingga 7 Februari. Turut kelihatan Abdul Wahap (dua kiri), Ong (kiri) dan Najid (lima kiri).

Ia sempena Ops Selamat IV bermula 24 Jan hingga 7 Feb untuk kurangkan kemalangan dan jenayah

KUCHING: Polis Sarawak akan melibatkan lebih kurang 700 anggota dan pegawai untuk melakukan rondaan serta mendirikan khemah di kawasan kerap kemala-ngan di seluruh negeri serta memperkasakan rondaan ke kawasan perumahan sempena Ops Selamat IV yang bermula 24 Januari hingga 7 Februari depan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pihak polis menyasar untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang membawa kematian khususnya di 35 lokasi kerap kemalangan di seluruh negeri selain memastikan rumah-rumah ditinggalkan tidak berpenghuni semasa pulang kampung, berada dalam keadaan selamat.

“Sepanjang tempoh Ops Selamat IV sempena Tahun Baharu Cina 2014, lebih kurang 700 orang pengawai dan anggota polis di kontinjen Sarawak akan terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan rumah ditinggalkan selamat di se-luruh negeri.

“Kesedaran orang ramai tentang pentingnya mematuhi peraturan jalan raya dan memaklumkan kepada pihak polis ketika meninggalkan kediaman amat penting.

“Apa yang perlu adalah perubahan sikap orang ramai iaitu bersesuaian dengan konsep Ops Selamat IV/2014 iaitu ‘Rumah Selamat, Se-lamat Sampai ke Destinasi’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Ops Selamat IV/2014 sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2014 di Kuching Sentral di sini, semalam.

Hadir sama, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak Datuk Dr Chai Khin Chung, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Negeri Superintenden Najid Jusoh dan Pengurus Kuching Sentral Stanley Ong.

Sabtu berkata, Sarawak akan menerima sebanyak 88 unit motosikal berkuasa tinggi tidak lama lagi untuk memudahkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) melaksanakan tugas meronda ke kawasan-kawasan perumahan.

Motosikal-motosikal itu katanya, akan diagihkan ke bandar-bandar utama seperti Sibu, Miri, Bintulu dan akan diperbanyakkan lagi di Ku-ching.

Beliau menasihati orang ramai yang akan meninggalkan rumah pada musim perayaan ini untuk memaklumkan kepada pihak polis agar rondaan dapat dilaksanakan di kawasan terbabit.

Orang ramai perlu men-daftar sebagai ahli Rakan Cop melalui SMS dan kemudiannya menghantar teks pesanan ringkas contohnya, taipkan POLISSWK (JARAK) BK (ALAMAT RUMAH), TEMPOH (DITINGGALKAN) dan hantar kepada 32728.

Advertisement