Anda di sini

Wong melakukan lawatan mengejut ke pasar malam

Advertisement

BINCANG: Wong (tiga kiri) berbincang dengan peniaga pasar malam di Sibu ketika melakukan lawatan mengejut kelmarin.

SIBU: Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) yang baharu Datuk Andrew Wong melakukan kunjungan mengejut ke tapak pasar malam dan penjaja sebaik dilantik ke jawatan itu.

Lawatan itu diadakan lebih awal daripada jangkaan memandangkan majlis angkat sumpah akan diadakan pada Selasa ini.

Wong ketika ditemui berikrar bekerja keras bagi membuktikan beliau mampu menggalas tugas tersebut sekali gus menafikan segala kritikan ke atasnya.

Wong menjelaskan, beliau menerima setiap kritikan dengan hati terbuka selain bersedia untuk dihakimi masyarakat.

Begitupun, beliau memohon diberikan masa bagi menyesuaikan diri dengan jawatan itu demi memastikan sumbangan beliau hulurkan benar-benar yang terbaik.

Dalam pada itu, Wong ketika lawatan tersebut mengambil peluang berbual-bual dengan beberapa penjaja di pasar malam berkenaan.

Beliau ketika ditemui menjelaskan bahawa beliau akan cuba membina hubungan lebih rapat dengan penjaja untuk mengekalkan kerjasama dengan MPS.

Selain itu, Wong mengharapkan satu sesi dialog diadakan bagi menyelesaikan masalah sampah di kawasan perniagaan tersebut.

“Salah satu isu utama yang saya telah bincangkan bersama mereka ialah masalah tapak.

“Para peniaga merasakan tapak perniagaan yang sedia ada ketika ini tidak sesuai dan berharap dapat kembali ke tapak asal di Jalan Market,” ujarnya.

Menurut Wong, peniaga pasar malam mendakwa perniagaan mereka menurun sehingga 70 peratus sejak berpindah ke tapak baharu.

“Justeru, saya mencadangkan kepada pihak majlis agar perkara tersebut dibincangkan semula bagi memperbaiki keadaan,” katanya.

Advertisement