Anda di sini

Prisma Perdana rangkul juara futsal Piala ADUN Piasau

Advertisement

MIRI: Seramai 224 peserta terdiri daripada orang awam dan ahli parti mengambil bahagian dalam kejohanan futsal anjuran Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Piasau dengan kerjasama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Kelab Sukan dan Rekreasi Petroleum Lutong, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Alan Ling berkata ia merupakan acara yang pertama diadakan oleh parti dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

“Kita teruja dengan sambutan yang begitu menggalakkan dan bercadang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti sukan dan riadah sihat pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 28 pasukan bertanding bagi merebut trofi yang dipertandingkan.

Tempat pertama dimenangi oleh pasukan Prisma Perdana yang membawa pulang wang tunai RM1,000 dan sekotak limau mandarin.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Lembah Hijau dan Mayau.

Advertisement