Anda di sini

Kaum Melayu turut terima sumbangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina

Advertisement

SUMBANGAN: Yong (enam kanan), Lo (tiga kanan) dan Tan (empat kiri) menyerahkan gula-gula dan angpau kepada penerima. Turut kelihatan Voon.

KUCHING:Persatuan Che Qian Khor Moral Uplifting Batu Kawa mengamalkan konsep 1Malaysia semalam dengan menyerahkan wang tunai dan bantuan makanan kering kepada 40 penerima berbangsa Melayu selain 152 berbangsa Cina.

Pengerusinya Voon Kim Fah berkata pertubuhan amal itu telah mencuba sebaik mungkin bagi mengumpul derma demi membantu golongan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Menurut beliau, gula-gula dan angpau telah diedarkan kepada golongan miskin sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang menjadi lebih bermakna untuk mereka yang memerlukan.

“Kami telah melakukan ini untuk mereka yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan, tetapi ia seolah-olah bahawa kami tidak dapat mendekati semua.

“Bagaimanapun, kami berharap untuk melakukan yang lebih baik dalam membantu seberapa ramai orang yang mungkin tahun depan,” katanya pada penyerahan bantuan di premis persatuan di Bazar Lama Batu Kawa, semalam.

Penasihat Kehormat Persatuan Datuk Yong Khoon Seng merupakan tetamu kehormat majlis tersebut.

Antara yang hadir termasuk Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang dan Naib Pengerusi SUPP Tan Joo Phoi.

Voon semalam turut mengucapkan terima kasih kepada semua penaja kerana menjayakan acara amal tahunan itu.

Jika tidak kerana sumbangan murah hati anda semua, persatuan tidak akan dapat membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Yong memuji ahli persatuan atas usaha murni dalam membantu mereka yang memerlukan pada musim perayaan.

Beliau berkata ia memainkan peranan penting dalam menggalakkan masyarakat penyayang untuk semua.

“Tahun Baharu Cina merupakan perayaan untuk setiap masyarakat di Malaysia dan kita tidak akan melupakan sesiapa yang bukan berbangsa Cina,” ujarnya.

Advertisement