Anda di sini

UNIMAS tuan rumah KIK IPTA pada 8-10 Apr

Advertisement

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) buat julung kalinya akan menjadi tuan rumah Konvensyen KIK Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-10 dari 8 hingga 10 April depan.

Menurut kenyataan akhbarnya, program itu dijangka menyaksikan penyertaan kesemua 20 KIK uniersiti-universiti dalam dua kategori yang terbahagi kepada kategori Pengurusan dan kategori Teknikal yang merupakan KIK terbaik di peringkat IPTA masing-masing.

Konvensyen itu bakal diadakan di sekitar UNIMAS dengan acara kemuncaknya di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra). Sebelum ini, konvensyen diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

Untuk konvensyen kali ini, UNIMAS akan menghantar empat kumpulan KIK iaitu Kumpulan I SOLUTION dari Pusat Khidmat Maklumat dan Akademik (PKMA) dan SUPER Q dari Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti (PSK) bagi mewakili kategori Pengurusan.

Manakala kumpulan FOCUS IT dari Fakulti Sains Teknologi dan Pengurusan Sumber (FSKTM) dan NOVATEUR dari Pusat Khidmat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICTS) mewakili kategori Teknikal.

Walaupun hanya terbuka kepada IPTA, penyertaan orang ramai, badan berkanun dan organisasi terutama di sekitar Kota Samarahan dan bandar raya Kuching sebagai pemerhati adalah amat dialu-alukan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklum balas berkenaan dengan KIK peringkat IPTA boleh ditujukan kepada Urus Setia, Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti UNIMAS menerusi talian 082-581901/1218 atau layari laman sesawang www.unimas.my/kik.

Advertisement