Anda di sini

Sertai cabaran bola sepak jalanan DBKU

Advertisement

TERHAD: Jersi terhad untuk kejohanan bola sepak jalanan agenda DBKU.

KUCHING: Peminat sukan bolasepak jalanan dipelawa menyertai Cabaran Bolasepak Jalanan Agenda DBKU 2014 yang akan diadakan pada 25 dan 26 Januari ini di pekarangan Kompleks Pelancongan Sarawak (mahkamah lama) di sini.

Kejohanan dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Coneli Sports mempertanding empat kategori iaitu terbuka lelaki dan wanita, remaja lelaki (bawah 16 tahun) dan agensi kerajaan.

Juara dan naib juara kategori terbuka lelaki bakal menerima hadiah wang tunai RM700 dan RM400 berserta piala, pingat dan cenderamata setiap pasukan.

Manakala bagi terbuka wanita, juara dan naib juara bakal meraih RM500 dan RM300 serta piala, pingat dan cenderamata.

Bagi kategori remaja lelaki, juara dan naib juara akan pulang dengan RM500 dan RM300 serta piala, pingat dan cenderamata.

Ini termasuk juara dan naib juara bagi kategori agensi kerajaan yang akan meraih RM600 dan RM400 serta piala, pingat dan cenderamata.

Pendaftaran masih dibuka hingga 23 Januari ini dengan yuran bagi setiap pasukan seperti berikut: terbuka lelaki (RM150), terbuka wanita (RM120), remaja lelaki (RM80) dan agensi kerajaan (RM150).

Borang pendaftaran perlu dihantar ke mana-mana kedai Coneli Sports di tHe Spring, City One, Pusat Membeli-Belah Summer Kota Samarahan, Matang, Coneli Futsal stadium dan Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU.

Pasukan yang mendaftar layak mendapat lima jersi terhad kejohanan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 082-642210.

Advertisement