Anda di sini

Nansian mahu Program Penjagaan Kesihatan Bagi Komuniti Luar Bandar dilanjutkan

Advertisement

BAU: Menteri Muda Pembangunan Komuniti Datuk Peter Nansian Ngusie mahu Program Penjagaan Kesihatan Bagi Komuniti Luar Bandar oleh Sarawak Information Systems (SAINS) terus dilanjutkan kepada penduduk luar bandar bagi memastikan masyarakat khususnya di negeri ini menyedari tentang kepentingan untuk memantau kesihatan diri dan kekal sihat.

“Kerana kesibukan bekerja, kita mungkin tidak ada masa untuk memeriksa kesihatan diri tetapi semua kita sedar tentang kepentingan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

“Maka itu, program ini sangat sesuai untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memberi peluang kepada kita memantau kesihatan diri,” katanya ketika merasmikan Program Penjagaan Kesihatan Bagi Komuniti Luar Bandar di Pusat Redeems di sini, semalam.

Dalam pada itu, Nansian yang juga ADUN Tasik Biru menyifatkan projek tanggungjawab sosial korporat SAINS itu sebagai menarik dan penting di mana ia memupuk penjagaan kesihatan di luar bandar.

Sementara, matlamat Program Penjagaan Kesihatan Bagi Komuniti Luar Bandar adalah untuk memupuk penjagaan kesihatan di luar bandar menerusi pelaksanaan solusi, penjagaan kesihatan yang inovatif, bersepadu dan mapan bagi masyarakat luar bandar.

Projek ini turut bertujuan meningkatkan akses penduduk luar bandar kepada khidmat penjagaan kesihatan menerusi infrastruktur meluas SarawakNet yang menghubungkan semua pejabat kerajaan negeri dari bahagian Kuching dengan semua bahagian lain termasuk Pejabat Daerah.

Ia akan dijalankan menerusi pemantauan kesihatan peserta secara berterusan dengan menggunakan alat perubatan bersepadu dan solusi ICT serta operasi mapan menerusi penggunaan RiGHT Alumni sebagai platform untuk menyokong pemantauan.

Dalam pada itu, program itu juga akan menguntungkan masyarakat luar bandar menerusi RiGHT Alumni dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyum-bang kepada masyarakat.

Program RiGHT yang dimulakan pada 2001 merupakan satu cara untuk me-rangsang dan meneruskan pertumbuhan komuniti luar bandar menerusi penggunaan ICT.

RiGHT adalah satu pendekatan holistik bagi mengurangkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar secara lestari dengan menggunakan pelbagai kemahiran khusus ICT dalam Sains.

Advertisement