Anda di sini

Mati tertembak ‘bakakuk’

Advertisement

Deputi Superintenden Mustaffa Maarof Mustaffa

BEAUFORT: Keghairahan empat bersaudara memburu kelawar berakhir tragedi selepas salah seorang daripada mereka terbunuh akibat tertembak senjata buatan sendiri, dipercayai jenis ‘bakakuk’ dalam satu kejadian di Sungai Pimping, Membakut, dekat sini.

Dalam insiden berlaku sekitar jam 2.30 petang Selasa itu, mangsa berusia 64 tahun yang berasal dari daerah Keningau meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian perut akibat terkena tembakan senjata berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintenden Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, mangsa sebelum itu dikatakan pergi ke hutan berhampiran Membakut bersama tiga lagi saudaranya untuk memburu kelawar dengan melalui laluan sungai menggunakan bot.

Menurutnya, sejurus kejadian itu, ketiga-tiga saudara mangsa kemudiannya berpatah balik semula ke Keningau untuk membawa mayat terbabit ke hospital.

Menceritkan bagaimana insiden itu berlaku, beliau berkata, “Selepas berburu, senjata milik mangsa dipercayai jenis bakakuk itu terjatuh ke dalam bot dinaiki mereka, lalu terlepas tembakan. Tembakan itu kemudiann terkena di perut mangsa sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.”

Mustafa berkata ketiga-tiga saudara mangsa ditahan untuk membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan polis, kita berjaya merampas dua jenis senjata iaitu selaras senapang patah yang mempunyai lesen dan selaras bakakuk yang dipercayai digunakan ketika berburu. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 A Kanun Keseksaan,” katanya.

Advertisement