Anda di sini

Lapan lelaki ditahan kerana judi ‘online’

Advertisement

SIBU: Polis menahan lapan lelaki berumur antara 20 tahun dan 30-an dalam satu serbuan ke atas sebuah premis menyediakan kegiatan judi secara atas talian di Jalan Permai Jaya, malam kelmarin.

Dalam operasi pada jam 10.30 malam, pasukan polis D7 yang diketuai oleh Inspektor Heng Kok How pergi ke premis di tingkat bawah bangunan kedai terbabit dan mendapati lima lelaki sedang asyik bermain judi secara atas talian, manakala dua lagi menjadi penonton.

Seorang penjaga kaunter berumur dalam lingkungan 20-an turut ditangkap dan dibawa ke balai utuk diambil keterangan.

Turut dirampas ialah 12 set komputer, satu modem dan beberapa buah kerusi.

Kesemua mereka yang ditangkap berbangsa Cina.

Advertisement