Anda di sini

Hari Australia yang pertama di Curtin Sarawak

Advertisement

PERSIAPAN: Kakitangan Curtin Sarawak membuat persiapan untuk Australia Day Sausage Sizzle pada 25 Januari nanti.

MIRI: Curtin University Malaysia Sarawak (Curtin Sarawak) buat julung kali mengadakan Australia Day Sausage Sizzle iaitu acara barbeku di kampusnya pada 25 Januari ini bagi menandakan Hari Australia 2014 yang disambut pada setiap 26 Januari.

Acara berkenaan akan dihadiri kakitangan universiti dan keluarga, pelajar yang menghadiri kursus musim panas, ketua masyarakat tempatan dan wakil Curtin Sarawak.

Pengerusi Lembaga Curtin Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Pesuruhjaya Tinggi Australia Dalam Pendidikan dan Sains di Kuala Lumpur Karen Welsh dijangka hadir pada majlis tersebut.

Selain menikmati pelbagai hidangan, turut diadakan aktiviti untuk kanak-kanak dan orang dewasa seperti pertandingan memancing, sukaneka diikuti dengan menanam pokok eucalyptus dan gum trees di bahagian ‘Australian Grove’.

Hari Australia diadakan setiap tahun pada 26 Januari bagi memperingati 11 kapal dari Britain di Sydney Cove oleh Kapten Arthur Philip pada 1788.

Pro Naib Canselor Curtin Sarawak Profesor Jim Mienczakowksi berkata, acara itu bukan hanya meraikan hubungan Curtin Sarawak dengan Curtin Australia malah menyerikan sambutan perayaan di sini.

Advertisement