Anda di sini

Bapa Dr Mashitah meninggal dunia

Advertisement

ALOR SETAR: Bapa bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini malam kelmarin.

Allahyarham Ibrahim Yaacob, 79, meninggal dunia pada jam 8.30 malam akibat sakit buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Jenazah selamat dikebumi-kan di tanah perkuburan Masjid Al-Bukhary di sini pada jam 10.30 pagi semalam. Allahyarham meninggalkan isteri, Fatimah Mohammed, 78, dan lima anak.

Mashitah yang juga Ketua Wanita UMNO bahagian Baling berkata sebelum dimasukkan ke hospital pada 25 Dis lepas, bapanya banyak memberi pesanan supaya beliau terus berpegang kepada semangat perjuangan demi mempertahankan agama Islam.

“Sebelum ayah tidak sedarkan diri, arwah banyak beri kata-kata perangsang pada saya supaya meneruskan perjuangan dalam bidang yang diceburi mengikut landasan agama.

“Arwah merupakan seorang bekas guru yang mempunyai semangat juang yang tinggi, jadi sejak kecil lagi saya sudah dididik untuk menjadi pejuang sama seperti arwah,” katanya kepada pemberita di sini semalam. — Bernama

Advertisement