Anda di sini

SPR pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 4/2013

Advertisement

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) bagi Suku Tahun 4/2013 di 930 tempat pameran di seluruh negara selama dua minggu bermula semalam.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said dalam kenyataan semalam berkata Rang DPT itu melibatkan urusan permohonan pendaftaran sebagai pemilih bagi Oktober, November dan Disember tahun lepas.

“SPR telah menerima 28,059 pemohonan pendaftaran sebagai pemilih yang terdiri daripada 21,754 pemilih baharu dan 6,305 pemohonan pertukaran alamat pusat meng-undi pemilih yang telah berdaftar dengan SPR.

“Bagi permohonan pendaftaran baharu, jika pemohon mendapati namanya tidak tersenarai, bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan diserah kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran ber-kenaan,” katanya.

Sabri berkata pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang DPT itu boleh berbuat demikian menggunakan Borang C.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai bantahan itu, Sabri berkata ia boleh dibuat terhadap tidak lebih 20 orang selaras dengan subperaturan 15(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)(Pindaan) 2012 dan perlu dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan.

“Sepanjang tempoh pameran, SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih.

“Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berke-naan ialah kerana mereka didapati meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera atau Polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai pemilih pos dan sebagainya,” kata Sabri.

Antara lokasi yang dipilih untuk Pameran Rang DPT itu dipamerkan ialah di pejabat pilihan raya ne-geri, pejabat pos berkomputer, kompleks/pejabat kerajaan, Pejabat Daerah/Pejabat Tanah dan Majlis Daerah/Perbandaran.

Bagi sebarang pertanya-an mengenai Rang DPT itu, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-88856565 atau faks 03-88889117 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri.

Orang ramai turut boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak Rang DP. — Bernama

Advertisement